Teknologi Produk


Apa itu NAG™ Bioceramic Sleepwear?

Fabrik NAG™ Bioceramic adalah diperbuat daripada gabungan benang kapas premium dan "Benang Pintar" dari Resistex, Italy. Benang Pintar ini telah diresapi secara kekal beberapa saiz nano galian terma aktif seperti Magnesium Dioksida (MgO₂), Aluminium Oksida (Al₂O₃), Titanium Dioksida (TiO), Silikon Dioksida (SiO₂) dan Zink Oksida (ZnO) supaya menghasilkan kapasiti terma dan sifat refleksi cahaya ke dalam fabrik. 


Apakah faedah pakaian tidur NAG™ Bioceramic?

1. Emisi Sinaran Inframerah Jauh (FIR)

Apakah itu FIR?

Sinaran Inframerah Jauh (FIR) adalah radiasi termal dengan panjang gelombang 3-1000 μm. Ia juga dikenali sebagai "Life Ray atau Biogenetic Radiation" yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Sinaran ini dipancarkan oleh cahaya matahari, badan manusia, logam dan beberapa mineral. Beberapa kajian penyelidikan dalam bidang biologi telah menunjukkan bahawa FIR dengan panjang gelombang 3-14 μm diserap dengan mudah oleh organisma, yang mana mereka akan memberikan sumbangan yang amat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan sel tisu.


Bagaimana fabrik NAG™ Bioceramic berfungsi?

Apabila fabrik NAG™ Bioceramic bersentuhan dengan tubuh manusia, ia akan memancar dan refleks semula haba yang dijana oleh tubuh manusia dengan menukar tenaga dalam bentuk termal ini menjadi sinaran infra merah jauh (F.I.R) dan dipantul kembali ke badan.

FIR Yang terpantul dari fabrik NAG™ Bioceramic akan menghasilkan haba yang “gentle” mampu menembus jauh ke dalam tisu lembut dalam badan anda. Ia kemudiannya akan dikesan oleh thermoreceptors dalam tisu badan yang boleh memberikan bukan sahaja keselesaan termal tetapi juga terapi termal. FIR ini akan mendorong protein, kolagen, lemak dan molekul air di subkutaneus untuk bergetar, menaikkan tisu suhu dan menyebabkan pembuluh darah mengembang dan seterusnya menggalakkan peredaran mikro darah. Kajian saintifik menunjukkan bahawa peningkatan peredaran darah akan membolehkan darah kita menghantar lebih banyak nutrien, oksigen, sel darah putih dan antibodi ke dalam tisu untuk memudahkan penyingkiran katabolik. Pengubahsuaian biologi ini akan merangsangkan pengoksidaan, pembaikan dan pemulihan tisu yang rosak dan mempercepatkan penyelesaian keradangan yang menyumbang kepada kesan terapeutik dan penyembuhan. Oleh itu, pakaian NAG™ Bioceramic kami berpotensi untuk membawakan banyak manfaat kesihatan seperti *: 

  1. Meningkatkan peredaran darah
  2. Menggalakkan pertumbuhan dan penyembuhan pesat tisu otot
  3. Melegakan kesakitan yang disebabkan oleh arthritis, sendi dan ketidakselesaan otot 
  4. Mengurangkan keletihan pasca latihan dan sakit otot 
  5. Menggalakkan tidur yang berkualiti / tenang dan meningkatkan kesegaran badan
  6. Pengurangan stress

Pernyataan penting (*): NAG™ Bioceramic Sleepwear bukanlah produk perubatan. Untuk kesejahteraan kesihatan ia harus dirangkumi dengan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan yang sihat dan keseimbangan, latihan yang mencukupi, rehat dan sebagainya. Ia bukan semata-mata bergantung kepada aspek tunggal.


2. Pengimbangan Peningkatan Suhu Badan 

NAG™ Bioceramic juga mempunyai ciri-ciri pengawalan termal yang membolehkan suhu tubuh kita distabilkan pada setiap masa, terutamanya dalam cuaca sejuk. Ciri-ciri ini akan mendorong kepada persekitaran tidur yang berkualiti.


3. Kesan Yang Kekal

Galian-galian nano saiz yang tertanam sepenuhnya di dalam fabrik akan memberikan keberkesanan ciri-cirinya sepanjang masa walaupun selepas cucian yang berganda kali.




Sijil




BACK TO TOP